assalamualaikum w.b.t
kawan nak share sikit info,
sana-sini orang membincangkan tentang isu kenaikan RPGT dan peraturan baru Bank Negara Malaysia bagi pinjaman perumahan. pandangan masing-masing nyata pelbagai dan ada yang menganggapnya positif, tak kurang yang menganggapkan akan lebih memberi impak buruk kepada kenaikan harga hartanah.
RPGT
RPGT atau Cukai Keuntungan Hutang Tanah pada tahun lalu pada kadar 15% untuk tahun pertama dan kedua dinaikkan ke 30%. Ianya cukai yang perlu dibayar bagi setiap penjualan rumah dalam tempoh lima (5) tahun dan dicaj pada keuntungan bersih setelah menolak segala kos-kos yang berkaitan seperti kos ubahsuai & kos guaman.
apakah impaknya?
positif
+ kurangnya spekulasi harga rumah, yang dilihat akan menurunkan harga rumah. ianya bagi mengelakkan kerugian dari proses jual beli.
+ permintaan pembelian rumah berkurangan kerana perjualan rumah oleh hanya akan dibuat selepas tahun ke-5.
negatif
- bagi pelabur hartanah, ianya akan mengurangkan kadar keuntungan. ini tertakluk kepada yang bukan pelabur, yang membeli rumah untuk didiami, tetapi atas faktor-faktor terpaksa menjual rumah tersebut.
- ada kemungkinan akan menyaksikan kenaikan harga rumah lantaran kerugian dari RPGT yang terpaksa dibayar oleh penjual dimasukkan dalam harga jualan. pembeli yang akhirnya menanggung kenaikan RPGT. malah dilihat akan menyukarkan pemilikan rumah oleh mereka masih belum memiliki rumah.
peraturan baru BNM
bagaimana pula dengan peraturan baru pinjaman perumahan yang digariskan oleh BNM dengan memaksimumkan tempoh pinjaman sehingga 35 tahun berbanding 40 tahun sebelum ini. malah, pinjaman yang dibuat hendaklah berdasarkan harga bersih sebuah rumah tersebut. inisiatif atau program yang diwujudkan oleh pemaju bagi memudahkan pemilikan rumah perlu diperincikan.
pada kawan, program zero cost entry misalnya tak dapat dinafikan sangat memudahkan sebilangan besar daripada kita yang tidak mampu untuk menyediakan tunai untuk 10% deposit untuk pembelian rumah.
ditambah pula dengan tempoh pinjaman yang lebih pendek menyebabkan komitmen bulanan pada rumah akan meningkat dan seterusnya mengurangkan potensi pinjaman perumahan diluluskan.
ditambah pula dengan tempoh pinjaman yang lebih pendek menyebabkan komitmen bulanan pada rumah akan meningkat dan seterusnya mengurangkan potensi pinjaman perumahan diluluskan.
akhirnya, memiliki sebuah rumah menjadi suatu yang mustahil untuk direalisasikan oleh ramai dari kita.
alangkah baiknya jika peraturan pinjaman perumahan digubal ke arah memberi keuntungan kepada rakyat. misalnya mengariskan kadar interest yang rendah dan semakin berkurangan dengan tempoh pinjaman semakin pendek. ini mengalakkan peminjam lebih cepat melunaskan hutang perumahan.
selaras dengan hasrat BNM melalui peraturan baru ini, yang nak mengurangkan hutang seisi rumah.
kena fikir lebih jauh lagi
dengan pada kedudukan sebagai rakyat biasa!
selaras dengan hasrat BNM melalui peraturan baru ini, yang nak mengurangkan hutang seisi rumah.
kena fikir lebih jauh lagi
+ kawan doakan tahun 2014 lebih memberi rezeki dan impak positif kepada semua.
++ kalau dah rezeki, tak ke mana. teruskan usaha untuk miliki rumah idaman masing-masing.
1 comment:
Betfred casino bonus code - MapyRO
› › Gambling › Casinos › › Gambling › Casinos 전주 출장마사지 18+ · Live Dealer · Video Poker · Video Keno · Video Slots. 18+ · Casino Slot Machines. 21+ · Live Dealer Poker. 서귀포 출장마사지 21+ 용인 출장마사지 · 여주 출장샵 Live Dealer Poker. 진주 출장샵 21+ · Live Dealer Poker. 21+
Post a Comment