Sunday, February 1, 2015

(TIPS) RENOVASI RUMAH

assalamualaikum wbt & salam sejahtera


ada banyak sebab kenapa kita terasa nak renovate rumah kita. antaranya bila kita perlukan penambahan ruang selari dengan perkembangan keluarga, tak nak rumah kita sama dengan rumah org lain. nak ada konsep yang kita minat atau bosan dengan rekabentuk/design sedia ada. selain faktor keselamatan anak2 yang masih kecil dan design rumah yang kita beli seakan tak sempurna.

mcm kes kawan , bilik air di design duk kat luar. macam zaman dulu-dulu. hampeh rasanya.

nak tak nak, kena-lah renovate sikit.


bila dah ada pengalaman dan daripada keluh kesah jiran, boleh-lah kawan share sikit tips yang ada.

satu:sketch
mula-mula kita kena kenal pasti apa yang nak kita renovate dan sketch sikit apa yang kita nak.
design yang bagaimana. selebar mana dan sepanjang mana yang kita nak. saiz pintu dan saiz tingkap. jenis material yang nak kita gunakan.

cuba buat se-detail yang mungkin. lg bagus kalau ada modal nak upah arkitek.
wiring, jubin, cat, jumlah socket plug, point lampu kipas aircond semua kena diambil kira





tapikan, kadang-kadang  kita impikan itu ini, nak gah jer. kena padan dengan bajet jugak la. jangan jadi macam kawan


dua:cari & pilih kontraktor
paling penting ni... kalau dapat kontraktor yang hampeh. mmg hampeh lah jadinya. musnah impian.

bagaimana nak tahu kontraktor tu OK ke tidak?
minta untuk tengok projek in progress dan lagi bagus yang dah siap. superb bagus kalau dapat jumpa owner rumah tu dan tanya perihal kontraktor.. OK ke tak.

jangan main hentam amik. sendiri gak yang kena hadap. sengsara kemudian hari.

cuba dapatkan 2-3 org kontraktor. suarakan apa yang ada inginkan. kena bagitahu benda yang sama untuk semua kontraktor eh. baru senang nak buat perbandingan.
kemudian dapatkan harga.

yang kualiti kerja yang tak se-megah tu, dah boleh tendang awal-awal ek.

kena hati-hati, ada kontraktor yang tak masukkan kos robohkan dinding, cat dan wiring sekali.
tanya habis-habis.


tiga: hire kontraktor

tahap ni.. sebelum kontraktor mulakan kerja. finalkan harga dan apa yang anda inginkin. nyatakan dalam resit deposit. senang nak refer nanti, mana tahu bertelagah kemudian hari. caya-lah cakap kawan.

harga lump-sump ni lebih murah dari asing2.

bila dua-dua dah setuju. boleh la mulakan kerja.
penting juga, tetapkan tarikh siap.


empat: site visit

rajin-rajin-lah melawat progess renovation tu. jangan baik hati sangat. yang tak puas hati terus cakap. direct. ada gak yang baik hati, biarkan jer kontraktor buat salah. pendam dalam hati. nanti setiap kali tengok benda yang kita tak berkenan, akan lebih pedih. menguris rasa. sob.. sob.

jangan terlalu fussy sangat. menyampah pulak diorang. last2 cabut lari.
nak cari kontraktor lain.. leceh. harga pun jadi mahal nanti. sebab diaorg tahu kita terdesak.

yang tak boleh kerap buat site visit. minta kontraktor hantarkan gambar. atau wakilkan saja kawan2/sanak sedara yang ada. tapi kena juga dtg tengok sendiri. mmg berbaloi dari merana tengok rumah tak seperti yang kita nak bila siap nanti.

ada juga kontraktor ambil kesempatan, buat sikit-sikit, bila ada masa jer. sebab banyak projek dalam tangan.


lima: payment

peringatan penting.. jangan bayar habis terus. bayar mengikut progress.
jangan bagi banyak2. safe guard diri sendiri daripada masalah.
yang mana kontraktor yang tak setuju, boleh tendang awal2. ada niat tak ikhlas di situ.

duit macam air jer masa ni. asyik2 ke ASB, tabung haji, cucuk duit ngan kedai pajak gadai. hehe.

jangan bayar habis bila rumah siap. simpan 5-10% dari total harga.
minta guarantee sebulan/dua bulan, baru langsaikan semua.

kalau bayar habis. kalau bocor ke, retak ke mmg liat nak datang.
bayang pun haram nak nampak. yang buat donoo pun ada.

apa jugak pembayaran, minta resit.


enam: tambah itu ini.

kadang2 tu bila selalu buat site visit, ada jer idea nak tambah macam2. nak tambah point lampu dan socket plug lah. nak buat partition lah.

adalah lg bagus, ambil masa untuk listkan apa yang nak ditambah. baru inform kontraktor.
semata-mata untuk dapatkan harga lump sump. selalu harga add-on ni akan jadi lebih mahal.

kalau nak tambah apa2, sebaiknya sebelum dinding diplaster. kalau tak harga lagi mahal. harga barang dan upah lg.


+ nasib baik dapat kontraktor yang OK. tak banyak songel. boleh kena hamun dan layan jer apa yang kawan nak.
++ so far dah rekemen, 2-3 org. diorg pun puas hati. tips yang kat atas tu-lah kawan bagitau kat diorang sebab taknak dipersalahkan nanti.