assalamualaikum w.b.t
cepat sungguh masa berlalu. update mengenai serbuan kunjungan kawan ke Aildilfitri Open House Bandar Ainsdale asyik tertangguh saja. kawan sibuk. sibuk memenuhi jemputan ke majlis rumah terbuka. rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.
hasil kunjungan..,
pendek kata, rumah-rumah di bandar ainsdale cantik-cantik, lagi-lagi susunan layout rumahnya. kedudukan bilik yang kemas dan susunan yang tidak kelihatan tipikal. susah la kawan nak terangkan. berikut apa yang kawan sempat rakamkan di sekitar majlis tersebut.
pendek kata, rumah-rumah di bandar ainsdale cantik-cantik, lagi-lagi susunan layout rumahnya. kedudukan bilik yang kemas dan susunan yang tidak kelihatan tipikal. susah la kawan nak terangkan. berikut apa yang kawan sempat rakamkan di sekitar majlis tersebut.
plaza tol baru seremban yang akan menghubungkan bandar ainsdale, s2 height dan bandar sri sendayan.
dijangka dibuka lewat 2014.
kedudukan fasa mekar. kelihatan juga fasa embun, segar dan dingin.
depan fasa segar tu, adalah lebuhraya plus.
depan fasa segar tu, adalah lebuhraya plus.
plot perumahan mampu milik. berhampiran dengan stesen komuter.
mekar. terdapat 3 jenis rumah yang bebeza susunan biliknya.
pada harga yang tak jauh berbeza, castora 1 di bandar sri sendayan adalah lebih berbaloi untuk dimiliki kerana saiz tanahnya yang lebih luas iaitu 22x80 dengan keluasan built up 2720 sqft, berbanding mekar bersaiz 20x70 dengan keluasan built up 1947 sqft (type A1).
bezanya kedudukan mekar yang hampir kepada access lebuhraya yang dilihat lebih strategik dan dibangunkan oleh pemaju yang sangat dikenali, sime darby.
selebriti jemputan
juga dibuka untuk jualan adalah suci. susun atur ruang yang ideal dan tampak luas. ruang makan dan bilik utama mempunyai balkoninya sendiri. suci pada harga bermula dari rm220K. harga yang sangat berbaloi tapi ada syarat nak memiliki rumah jenis ini. pemilik mesti menduduki rumah ini setelah rumah siap, tidak mempunyai hartanah yang bernilai lebih rm100K bersama syarat-syarat yang lain.
suci
+ untuk maklumat lanjut sila klik link ini >mekar<
++ makanan semua sedap-sedap. terima kasih bandar ainsdale, lain kali buat lagi ye.
No comments:
Post a Comment