Thursday, January 30, 2014

(INFO) REMINISCE OF HAPPINESS, BANDAR SRI SENDAYAN

assalamualaikum wbt & salam sejahtera


kawan terima satu flyers,
jom pakat2 pergi meriahkan majlis. macam grand je. sempena pelancaran showhouse >BALISTA<.
ada makan-makan la kot. =)




nak sembang ngan kawan pasal-pasal rumah, leh whassup ke 0129578412 atau emailkan ke mfairuzfauzi@gmail.com.


+ kawan rasa macam nak pergi je. nak tgk balista dari dekat.

Friday, January 10, 2014

(REBIU) BALISTA, BANDAR SRI SENDAYAN

assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera



kawan dapat info terkini,

jika anda salah seorang yang sejak kebelakangan ini sibuk men'google' dengan keyword rumah untuk dijual, new property in seremban, seremban 2, bandar aindales, new housing bandar sri sendayanvelonix atau tritonix. atau meninjau sehingga ke mudah.my dan iproperty untuk mencari rumah idaman anda. mungkin BALISTA di bandar sri sendayan, BSS memenuhi kriteria yang dicari dan diimpi-impikan selama ini. mungkin juga mengakhiri pencarian kalian selama ini.

memperkenalkan BALISTA yang baru sahaja dilancarkan awal januari 2014.


BALISTA ditampilkan dalam dua jenis A1 dan A2 yang mana pada pengamatan kawan, hanya berbeza pada rekabentuk luarannya. lebih terperinci lagi,perbezaan pada bentuk/design tingkap hadapan rumah. plan layout adalah sama.





susah nak dpt beza kan?

jika dibuat perbandingan dengan CASTORA, plan layoutnya sama sahaja cuma berbeza design dan size built up yang lebih besar 15 sqft dengan jumlah keseluruhan 2735 sqft. bayangkanlah, CASTORA pun dah luas gila, tambah lagi 15sqft. hmm.. tak sabar nak melawat sendiri show housenya yang sedang dalam pembinaan. khabarnya, BALISTA antara built up yg terbesar di kawasan seremban untuk teres dua tingkat size 22x80ft.

oh ya, kedudukan fasa BALISTA adalah sangat strategik kerana ianya berada betul-betul bersebelahan dengan Merchant Square yang bakal menjadi titik tumpu di mana  private school, lot-lot kedai, d'tempat country club dan kemudahan lain yang sedang dan akan dibina.


sedikit trivia mengenai BALISTA ini:-
land size: 22x80ft
built up: 2735 sqft
type: superlink double storey
status tanah: hak milik kekal, international lot
tarikh dijangka siap: january 2016
bonus point: 5 years clubhouse membership


round about utama: fasa balista dan merchant squre akan dibina dikawasan inilah.


showhouse BALISTA dalam pembinaan. saja buat teaser.

mungkin video ini boleh membantu memperkenalkan bandar sri sendayan kepada yang baru saja terbaca, terlihat dan terdengar mengenai bandar baru ini. jom layan sama-sama kawan.






seperti biasa BSS menawarkan discount yang menarik dan memudahkan anda memiliki rumah idaman. buat yang nak sembang lebih pasal BALISTA dan nak dapatkan brochure, boleh-lah sms/whassup ke 0129578412 atau email ke blogmydreamhome@gmail.com. mungkin-kah menjadi bak goreng pisang panas seperti fasa-fasa sebelumnya? baik cepat bertindak dan pilih lot2 yang strategik.





+ harap tahun 2014 lebih rajin lagi buat post dan share-share semua yang bermanfaat.
++mengharapkan 2014, lebih 'ong' dan masing2 dapat memiliki rumah idaman tahun ini.

Tuesday, January 7, 2014

(INFO) KESAN RPGT & PERATURAN BARU BNM

assalamualaikum w.b.t

kawan nak share sikit info,


sana-sini orang membincangkan tentang isu kenaikan RPGT dan peraturan baru Bank Negara Malaysia bagi pinjaman perumahan. pandangan masing-masing nyata pelbagai dan ada yang menganggapnya positif, tak kurang yang menganggapkan akan lebih memberi impak buruk kepada kenaikan harga hartanah.


RPGT

RPGT atau Cukai Keuntungan Hutang Tanah pada tahun lalu pada kadar 15% untuk tahun pertama dan kedua dinaikkan ke 30%. Ianya cukai yang perlu dibayar bagi setiap penjualan rumah dalam tempoh lima (5) tahun dan dicaj pada keuntungan bersih setelah menolak segala kos-kos yang berkaitan seperti kos ubahsuai & kos guaman.

apakah impaknya?

positif

+ kurangnya spekulasi harga rumah, yang dilihat akan menurunkan harga rumah. ianya bagi mengelakkan kerugian dari proses jual beli.

+ permintaan pembelian rumah berkurangan kerana perjualan rumah oleh hanya akan dibuat selepas tahun ke-5.


negatif

- bagi pelabur hartanah, ianya akan mengurangkan kadar keuntungan. ini tertakluk kepada yang bukan pelabur, yang membeli rumah untuk didiami, tetapi atas faktor-faktor terpaksa menjual rumah tersebut.

- ada kemungkinan akan menyaksikan kenaikan harga rumah lantaran kerugian dari RPGT yang terpaksa dibayar oleh penjual dimasukkan dalam harga jualan. pembeli yang akhirnya menanggung kenaikan RPGT. malah dilihat akan menyukarkan pemilikan rumah oleh mereka masih belum memiliki rumah.


peraturan baru BNM

bagaimana pula dengan peraturan baru pinjaman perumahan yang digariskan oleh BNM dengan memaksimumkan tempoh pinjaman sehingga 35 tahun berbanding 40 tahun sebelum ini. malah, pinjaman yang dibuat hendaklah berdasarkan harga bersih sebuah rumah tersebut. inisiatif atau program yang diwujudkan oleh pemaju bagi memudahkan pemilikan rumah perlu diperincikan.

pada kawan, program zero cost entry misalnya tak dapat dinafikan sangat memudahkan sebilangan besar daripada kita yang tidak mampu untuk menyediakan tunai untuk 10% deposit untuk pembelian rumah. 

ditambah pula dengan tempoh pinjaman yang lebih pendek menyebabkan komitmen bulanan pada rumah akan meningkat dan seterusnya mengurangkan potensi pinjaman perumahan diluluskan.

akhirnya, memiliki sebuah rumah menjadi suatu yang mustahil untuk direalisasikan oleh ramai dari kita.

alangkah baiknya jika peraturan pinjaman perumahan digubal ke arah memberi keuntungan kepada rakyat. misalnya mengariskan kadar interest yang rendah dan semakin berkurangan dengan tempoh pinjaman semakin pendek. ini mengalakkan peminjam lebih cepat melunaskan hutang perumahan. 

selaras dengan hasrat BNM melalui peraturan baru ini, yang nak mengurangkan hutang seisi rumah.

kena fikir lebih jauh lagi

dengan pada kedudukan sebagai rakyat biasa!





+ kawan doakan tahun 2014 lebih memberi rezeki dan impak positif kepada semua.
++ kalau dah rezeki, tak ke mana. teruskan usaha untuk miliki rumah idaman masing-masing.