Thursday, December 19, 2013

(REBIU) CASTORA 2, BANDAR SRI SENDAYAN

assalamualaikum w.b.t

cepat sungguh masa berlalu. kawan nak update blog asyik tak menjadi je. last post dalam bulan Sept'13. lama sangat dah tu. hari tu kawan ada rebiu Castora 1, tuptup dah release fasa baru Castora 2 dan lot yang tinggal dah tak banyak pun. discount pun dah semakin ciput.


Castora 1



Castora 2

kedua-dua mempunyai plan layout yang sama untuk intermediate unit dan berbeza sedikit rekabentuk luarannya. haa, mana satu yg anda prefer?

yang mana prefer Castora 1, maaf ya dah habis =). memang rumah di BSS laris macam goreng pisang panas.

show room untuk Castora 2 sudah dibuka untuk kunjungan yang mana telah banyak membantu melariskan Castora 2 ini. rata-rata kagum dengan keluasan 2720 sqft dan layout rumah ini yang tampak luas dan menarik. dapur serius sangat luas untuk sebuah rumah teres 22x80 ft. pada harga yang sangat bebaloi dibandingkan dengan projek perumahan yang lain.

kerancakan pembinaan private school, club house, kompleks sekolah, pembukaan kilang di techvalley dan akademi tentera udara juga menjadi pelaris kepada fasa-fasa rumah di BSS di mana berjaya meraih keyakinan kepada projek di bawah matrix concept ini bersama pemerbadanan menteri besar negeri sembilan.





 
porch yang sangat luas dan berbumbung, kawan bagi extra point utk rumah ini.
  
kemasan bahagian hadapan rumah dan laluan penjalan kaki. lg extra point!





fasa Castora 2 berhadapan dengan fasa Bentonix yang dijangka siap pada pertengahan tahun 2014. buat yang tertarik dengan Castora 2, tak nak lepaskan peluang menjadi tuan rumah Castora 2 dan nak borak lebih lanjut boleh-lah whassup/sms/call 012-9578412 atau emailkan ke mfairuzfauzi@gmail.com.







+ kawan buat serba ringkas saja kali ini. agak sibuk akhir2 ini.
++ khabarnya, tahun depan bank negara akan lebih mengetatkan permohonan pembelian rumah. hmm makin susah-lah org nak memiliki rumah idaman.


Thursday, September 26, 2013

(INFO) RESIDENCE HILLS, TAMAN TUAKU JAAFAR

 assalamualaikum w.b.t

rasanya belum terlambat untuk kawan war-warkan mengenai majlis pelancaran projek perumahan baru yang akan diadakan pada 28-29 Sept 2013, bermula 10pg sehingga 5ptg. kawan menerima jemputan menerusi email, surat dan sms. agresif betul team marketing LTS ni. salute lah!

fasa yang akan dilancarkan adalah jenis semi-detached dan double storey. fasa ini akan dibangunkan di taman tunku jaafar, senawang. dikhabarkan untuk semi-detached akan dibina menghadap gunung angsi. wow! 

kawan pernah ke rumah contoh. design semi-d memang menarik, dibina di lereng bukit, menghadap pandangan menghijau dan bersebelahan dengan ladang kelapa sawit.

terjumpa juga iklan dalam city explorer.





impiana villa

      

impiana villa ini berharga RM440K dengan built up 2,220 sqft untuk lot tengah, manakala RM600K untuk corner lot bersaiz built up 2550 sqft. buat yang berminat boleh-lah hubungi en hakim, 0133522314. lupa nak bagitahu, fasa ini adalah free hold.





+ kawan tak dpt pergi, balik kampung. =)
++ siapa bawa surat jemputan, boleh redeem hadiah misteri katanya.

Thursday, September 5, 2013

(UPDATE) AIDILFITRI OPEN HOUSE, BANDAR AINSDALE

assalamualaikum w.b.t

cepat sungguh masa berlalu. update mengenai serbuan kunjungan kawan ke Aildilfitri Open House Bandar Ainsdale asyik tertangguh saja. kawan sibuk. sibuk memenuhi jemputan ke majlis rumah terbuka. rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.

hasil kunjungan..,

pendek kata, rumah-rumah di bandar ainsdale cantik-cantik, lagi-lagi susunan layout rumahnya. kedudukan bilik yang kemas dan susunan yang tidak kelihatan tipikal. susah la kawan nak terangkan. berikut apa yang kawan sempat rakamkan di sekitar majlis tersebut.



plaza tol baru seremban yang akan menghubungkan bandar ainsdale, s2 height dan bandar sri sendayan.
dijangka dibuka lewat 2014.

kedudukan fasa mekar. kelihatan juga fasa embun, segar dan dingin.
depan fasa segar tu, adalah lebuhraya plus.


plot perumahan mampu milik. berhampiran dengan stesen komuter.


 mekar. terdapat 3 jenis rumah yang bebeza susunan biliknya.


pada harga yang tak jauh berbeza, castora 1 di bandar sri sendayan adalah lebih berbaloi untuk dimiliki kerana saiz tanahnya yang lebih luas iaitu 22x80 dengan keluasan built up 2720 sqft, berbanding mekar bersaiz 20x70 dengan keluasan built up 1947 sqft (type A1).


bezanya kedudukan mekar yang hampir kepada access lebuhraya yang dilihat lebih strategik dan dibangunkan oleh pemaju yang sangat dikenali, sime darby.




selebriti jemputan



juga dibuka untuk jualan adalah suci. susun atur ruang yang ideal dan tampak luas. ruang makan dan bilik utama mempunyai balkoninya sendiri. suci pada harga bermula dari rm220K. harga yang sangat berbaloi tapi ada syarat nak memiliki rumah jenis ini. pemilik mesti menduduki rumah ini setelah rumah siap, tidak mempunyai hartanah yang bernilai lebih rm100K bersama syarat-syarat yang lain.




suci




+ untuk maklumat lanjut sila klik link ini >mekar<

++ makanan semua sedap-sedap. terima kasih bandar ainsdale, lain kali buat lagi ye.

Thursday, August 15, 2013

(UPDATE) RMAF @ TUDM, BANDAR SRI SENDAYAN

assalamualaikum w.b.t

umum tahu, kem RMAF yang sekarang ini berada di Sg. Besi akan berpindah ke Bandar Sri Sendayan. lebih-lebih lagi dah masuk paper >the star<. di dalam masterplan BSS pun, bukan main luas lagi kawasan yang diperuntukan untuk kem RMAF. insyaallah, kewujudan kem ini akan menaikkan value hartanah di kawasan sekitar. termasuklah Seremban 2, Bandar Ainsdale, Mantau Indah dan lain-lain.

benarkah kem ini akan dibina di BSS? ada yang kata tak jadi. ish... mana mungkin.

haa, ini yang kawan nak update. hari tu, saja lalu BSS, nampak ada sebuah lagi bukit sedang diratakan. sibuk juga-lah lori tanah dan jentolak ke hulu ke hilir hari tu. dan tertengok papan projek ini sebagai bahan bukti.




kiranya, jadi la kem RMAF dibina di BSS yup.



+ manusia hanya mampu merancang, tuhan jua yang menentukan.
+ sebenarnya bukan kem tapi Akademi dan Pusat Latihan TUDM.

(INFO) MEKAR, BANDAR AINSDALE



assalamualaikum w.b.t



dalam perjalanan dari banting ke senawang melalui plus, tertengok billboard iklan open house untuk launch fasa baru di bandar ainsdale. tak semena-mena juga, keluar iklan kat radio ERA pasal acara open house ni. kalau tak silap ada artis yang dijemput bagi memeriahkan acara. kawan memang gemar jengok2 rumah lagi-lagi siap ada open house. dihiburkan pulak dengan kehadiran artis. pergh, terbaik! 

sampai rumah terus google. 

haa, ini promo yang kawan terjumpa di laman web >sime darby<. jom pakat serbu ramai2.







+ kawan masih dalam mood raya.

Sunday, July 28, 2013

(REBIU) CASTORA 1, BANDAR SRI SENDAYAN

assalamualaikum w.b.t



lagi new properties di bandar sri sendayan dilancarkan dan dibuka untuk jualan. fasa baru ini diberi nama Castora 1 yang akan dibangunkan di kawasan hijayu bersebelahan dengan fasa Bentonix/Bentonia. berkedudukan sangat strategik kerana berhampiran dengan Merchant Square yang bakal menjadi antara titik tumpu di BSS dengan adanya lot-lot kedai, club house 1sendayan dan private school selain kemudahan asas yang lain.



Castora 1 direkabentuk moden dengan keluasan binaan 2720 sqft di atas tanah yang bersaiz 22'x80' menjadikannya fasa yang mempunyai keluasan binaan yang terluas. berbeza sedikit rekabentuk kali ini dengan tiadanya balkoni di tingkat atas untuk intermediate lot tetapi menampilkan porch yang lebih luas yang tentunya dapat melindungi kereta lori kawan nanti. hmm, tak dapat la nak meng-kopi dan meng-teh kat balkoni petang-petang sambil dihidang goreng pisang panas.


mungkin ada yang tak pernah jejak kaki ke BSS dan agak blur dimana kedudukan hijayu yang kawan maksudkan. takde masalah boleh rujuk kat masterplan di bawah ini.



seperti biasa, buat yang sgt cerewet dan utamakan feng sui kedudukan rumah idaman-nya, boleh lah segera book dan pilih lot yang berkenan di hati. kalau kawan la kan, nak lot yang menghadap kawasan lapang. kalau agak-agak bosan, boleh ke taman, ambil angin. kawan prefer PT7594, sebab dia end lot dan ada laman sikit. harga tentu tak jauh beza dengan intermediate lot. hmm.. berangan boleh la kot. :-)





trivia castora 1
land size: 22' x80'
built up (int.) :2720 sqft
completion date: sept'15

perasan tak? kat masterplan tu banyak lagi fasa yang belum dibuka untuk jualan. memang banyak, tetapi harga tentu-tentu akan lebih mahal. kerana faktor lokasi yang lebih strategik dan design yang lebih menarik. tak caya cakap kawan? boleh tengok comparison yang kawan sempat buat. ni tak termasuk kriptonix, miconix, florenix, cosmonix dan nix-nix yang lain.
  
 
 
buat yang masih berminat dengan Alconix atau Alwinix, masih ada lot yang available yang sangat terhad. discountnya pun semakin ciput. cepat2 la bertindak. hehe. buat yang dah jatuh cinta dengan design Castora dan nak dapatkan brochure, boleh sembang lebih dengan emailkan ke mfairuzfauzi@gmail.com atau call/sms 0129578412. oh ya, untuk sehingga 05/08/13 ada extra discount untuk early bird selain discount yang sudah sedia menarik dan rebate rm3K untuk yuran guaman. pendek kata boleh jadi sampai zero cost entry-lah.

++ beli jangan tak beli.. :-)
+++ asyik tersasul sebut castora sebagai costa rica.. ngeh2x

Thursday, May 30, 2013

(TIPS) BELI RUMAH BARU

assalamualaikum w.b.t


harga rumah sekarang memang kadang-kadang tak masuk akal. lebih-lebih lagi area lembah klang. banyak digitnya nak disebut. main juta-juta sekarang. tak hairan-lah ramai antara kita hanya mampu memendam hasrat untuk memiliki rumah idaman.

kadang-kadang tu kita dah berkenan sangat dengan rumah tu. jatuh cinta habis-lah. tidur malam pun termimpi-mimpi. tapi memikirkan ianya di luar kemampuan serta  masih dihimpit komitmen-komitmen sedia ada seperti kereta dan personal loan, hasrat hati dibiarkan saja dan meredakan semangat untuk memiliki rumah idaman.


kerana nak beli rumah bukan suatu perkara yang sangat besar dan akan melibatkan komitmen yang panjang. pilihan rumah idaman harus-lah tepat dan berbaloi dengan apa yang anda laburkan. paling penting menenangkan hati kita. mungkin tips yang kawan listkan ini berguna membantu kita mendapatkan rumah idaman yang terbaik!.. kalau yang nak menambah list ini, amat-lah dialu-alukan. 

  

1. tentukan bajet

di saat terlintas di fikiran nak memiliki rumah, selalunya bila tersedar betapa ruginya menyewa rumah yang akhirnya menjadi milik orang lain. oh ya, tepuk poket dan nilaikan sendiri kemampuan kewangan anda dan setelah itu tentukan perkara berikut dahulu sebelum langkah seterusnya:-


  • langkah pertama & sangat penting!! limit untuk bayaran bulanan atau installment.
  • berasaskan limit untuk bayaran ansuran, dah boleh tentukan limit harga rumah pula.  mudah saja, gunakan loan calculator yang ada di kebanyakan website bank untuk ketahui limit harga rumah anda nanti. barulah senang nak aim rumah yang mana dan harga rumah. untuk calculator, boleh juga klik sini
  • tentukan juga deposit atau duit muka yang boleh anda ada-kan. ia kerana kebanyakan pemaju akan meminta anda membayar deposit. selalunya 10%. tetapi bergantung kepada kelulusan dari pihak bank. anda perlu bersedia. bersedia untuk gunakan saving. ada juga pemaju yang offer zero cost entry. kalau dapat yang macam ni sangat la OK. OK!
  • perlu dimasukkan bajet anda adalah kos-kos sampingan dalam proses pembelian rumah. misalnya, kos guaman dan duti setem. busuk-busuk kena ada RM3K baru rasa selesa sikit. sebenarnya bergantung kepada harga rumah itu sendiri. makin mahal harga rumah, makin mahal lah 'pengeras'nya kalau ada pemaju yang offer untuk tanggung semua tu, sgt2 la OK. OK!



2. tentukan jenis rumah idaman

jom beralih ke langkah seterusnya, boleh mula-kan survey harga rumah semasa dan tentukan jenis rumah idaman (mampu) anda berdasarkan congak-congak dalam langkah 1. terdapat banyak jenis rumah di pasaran yang mampu memenuhi kehendak anda. hmm, ada pendapat berbeza mengenai jenis rumah yang ada. 


  • Single Storey-Pro: senang tak yah nak panjat tangga. dah tua-tua senang la nanti. nak awasi anak-anak pun senang. Con: bilik berselerak pun org boleh nampak. sekilas pandang je.
  • Double Storey &amp; keatas-Pro: wujudkan ruang privasi untuk ahli keluarga. boleh sorok bilik yang macam saraang si-tikus-endang dari pandangan tetamu. kalau ada beranda, boleh tinjau pemandangan rumah depan. Con: leaking dari tandas atas menitis ke ruang tamu. tak semua kena. penat nak panjat tangga. last2 bilik atas tak guna.
  • Apartment/Kondo-Pro:yang berada di kepala, ada kolam renang yang membiru airnya. kejebusshh.. tersusun dan keselamatan terjamin (ye ke? ragu2 la). Con: maintenance fee kena bayar tiap2 bulan dan susah nak sidai baju. parking pun susah.
  • Banglo/Semi D-Pro:Best2.. Con: Bulanan konfem2 mahal.
  • Townhouse-Pro:selalunya dua tingkat. bawah rumah org lain. atas rumah org lain. wujudkan kejiranan yang harmoni. Con: boleh dengar jiran atas loncat2.




3. lokasi

lokasi juga penting, perlu memilih lokasi rumah idaman anda dengan mengambil kira faktor-faktor antaranya:-


  • jarak dengan tempat kerja anda dan pasangan.
  • kemudahan-kemudahan yang ada dan bakal tersedia. anda perlu rajin buat research dan berpandangan jauh.
  • latar belakang tapak rumah. mana tahu ladang kelapa sawit. nanti hari-hari nak kena berperang dengan anai-anai. tak pun tanah tambak, buat tak padat. mahu ditelan bumi nanti.
  • masterplan keseluruhan kawasan terbabit. mana tahu nati nak buat sekolah ke? universiti ke? shopping complex ke? nanti harga hartanah naik. siapa yang untung? anda juga...


4. keluasan tanah & binaan

di peringkat ini, ada sepatutnya sudah menyenaraikan rumah yang berpotensi untuk anda miliki. lakukan perbandingan dari segi keluasan binaan, keluasan tanah, pelan & binaan; jika anda jenis yang sangat menitikberatkan design, ia juga perlu diambil kira.

  • luas tanah. kebiasaan pemaju akan mengiklankan luas tanah seperti 20 x 70ft atau 1400 sq ft. untuk perbandingan, kira harga setiap kaki persegi dengan formula:-[RM/sq ft= harga rumah/luas tanah].
  • luas binaan atau built up. lagi besar built up lagi bagus. kalau built up kecil, pastinya ada tanah yang kosong sekakang kera ditinggalkan. nak buat ape kan? kalau dah built-up sampai ke belakang, dah tak perlu keluarkan modal nak renovate lg. anda kena titik beratkan built up rumah tersebut. keluasan tanah sama 20x70 ft, tapi tidak luas binaan. cari la yang besar. berbaloi untuk nilai wang anda.
  • pelan dan design rumah adalah citarasa masing2. kalau kawan, suka yang modern dan tampak kemas.



5. kualiti rumah

kualiti rumah jugak penting. buat apa rumah murah tapi menggunakan barang tidak kualiti. kita nak tinggal lama dan nak keselamatan keluarga terjamin. anda boleh rujuk kepada speksifikasi dalam iklan rumah tersebut. nak puas hati, pergi terus ke rumah contoh jika ada. kawan pulak dalam memilih rumah, benda-benda ini yang saya titikberatkan:-

  • punca kuasa. kawan prefer 3 fasa (phase). sebab boleh menjimatkan penggunaan elektrik berbanding single phase. wiring pula, MESTI semua sorok dalam dinding.
  • kemasan dinding di bilik air. kawan mencari yang kemasan jubin sehingga ke siling. nampak bersih dan kemas.
  • binaan dinding. kalau boleh dari batu-bata tanah liat. dan bukan dinding pasang siap.
  • saiz tingkap. nak kan tingkap yang saiznya besar-besar. suka natural lighthing. jimat elektrik juga.
  • jarak dengan rumah belakang. kalau boleh dipisahkan oleh jalan yang memuatkan sebuah lori untuk lalu lalang.
  • kemasan lantai. kalau boleh nak semuanya berjubin. lg best kalau size nya 2x2ft dan sampai ke car porch.
  • nih option la. kalau boleh nak dah siap2 pasang mata kuasa untuk air cond dan pemanas air. tak perlu la lagi nak buat extra wiring.
  • nih pun option jugak. kalau boleh nak yang gated punya. maksudnya bukan sebarang orang boleh masuk area perumahan tersebut. tak pun biar-lah ada satu pintu masuk/keluar je. bagi kawan boleh kurangkan potensi berlakunya kecurian. kalau ada 10 pintu masuk, senang la pencuri nak masuk dan keluar.


6. profil pemaju

ini SANGAT PENTING dalam memastikan rumah anda tidak terbengkalai. faham-faham-lah. bila terbengkalai, anda masih perlu membayar pinjaman dan ini sangat-sangat-lah mengerikan. lagi ngeri, terpaksa membayar sewa rumah juga. gunakan segala medium yang ada untuk memeriksa profil pemaju perumahan tersebut.



7. memilih bank

bila dah decide rumah mana yang menjadi idaman anda, boleh lah membuat permohanan pinjaman rumah ke bank. submit document yang diperlukan. selalunya wakil pemaju akan bantu anda untuk mendapatkan pinjaman. selalunya mereka akan menghantar pemohonan anda ke banyak bank. jadi, akan banyak juga la bank yang akan menawarkan pinjaman. perkara-perkara ini perlu anda timbangkan sebelum memilih bank untuk membiayai pinjaman rumah anda.

  • islamik atau tidak. kebanyakan yang beragama islam, ini menjadi keutamaan. namun kebiasaanya, islamik lebih tinggi bayaran bulanan berbanding konversional.
  • jumlah pinjaman yang diluluskan. contohnya 90%. so, 10% lagi adalah wang yang perlu anda bayar kepada pemaju menggunakan tunai sendiri.
  • interest. cari la yang paling sedikit. semua tahu kan?
  • tenure years. semakin pendek tenure year, lebih mahal bulanan anda tetapi lebih  sikit la keuntungan bank. yang ni anda decide sendiri. selalunya bank akan tawarkan yang terpanjang sekali. ianya bergantung kepada umur pembeli juga. beli-lah semasa  muda. kalau anda kaya-raya. tak perlu kisah-lah berapa tenure year nya.
  • kesenangan nak membuat pembayaran. lagi bagus yang boleh bayar guna online jerk.
  • flexibility membuat pembayaran. ada bank yang akan menggenakan fee jika anda membuat settlement awal (mana tahu tiba2 jadi orang kaya kan? nak settle terus.) atau bayar banyak2.


8. pilih lot

ada yang memilih lot sebelum membuat permohanan pinjaman dengan membayar deposit serendah RM50 (yg sy tahula). kalau cancel beli rumah, deposit anda HANGUS. kalau RM50 ok lagi, kalau RM500 cmner? ada yang memilih lot berdasarkan feng sui, arah matahari naik/terbenam, aliran sungai dan keluasan tanah bg yang membeli corner lot. bg kawan plak, ini menjadi keutamaan.

  • jiran sebelah kiri dan kanan. kalau boleh beragama islam atau tak bela anjing. bukannya nak bersikap perkauman, tetapi tak gemar bunyi salakan anjing atau bulu2 anjing terbang masuk ke rumah kita. anda boleh periksa data ini dengan wakil pemaju.
  • tak nak ada rumah kat depan. kalau boleh menghadap kawasan lapang atau jalan. sebab kawan jenis yang suka buka tingkap ngan pintu luas-luas (tapi bergrill) untuk benarkan angin masuk dan berikan pengudaraan semulajadi.
  • lagi satu, bukan laluan utama keluar masuk perumahan. nanti susah pulak nak keluar masuk rumah sendiri. nanti anak-anak nak main depan rumah pun tak boleh.
  • dan juga tak berhampiran dengan kolam najis. kolam rekreasi OK lah.


9. progressing fee

kebanyakan skim pinjaman menghendaki kita membayar progressing fee semasa rumah dalam pembinaan. ianya adalah pembayaran kepada interest pinjaman yang telah dikeluarkan semasa menyiapkan rumah anda. ianya bergantung kepada berapa peratus pinjaman telah dikeluarkan oleh pihak bank atau berapa peratus rumah anda telah siap. semakin siap rumah anda, semakin mahal progressing fee yang perlu anda bayar. kemudian baru la di convert kepada installment. jadi, anda perlu menyediakan wang untuk membayar progressing fee ini. pesanan juga, carilah tempoh rumah siap yang cepat dan munasabah. kerana jumlah progressing fee yang anda bayar tidak mengurangkan principal pinjaman anda. membazirkan??




kawan1: semoga membantu anda membuat pembelian rumah. 
kawan2: kalau beli rumah, sedar tak sedar kita terikat dengan perjanjian yang makan bertahun2 sampai umur pun cecah 65 tahun.
kawan3: tak beli dan menyewa, hmm rugi la pulak. kalau beli, hmm berhutang la pulak.
kawan4: semoga membantu anda. tak banyak, sikit pun ok la.

Friday, May 17, 2013

(REBIU) ALCONIX, BANDAR SRI SENDAYAN

assalamualaikum w.b.t


kawan nak promote,

masih tercari-cari rumah idaman untuk dimiliki? tak kira untuk didiami atau dijadikan perlaburan. tetapi tersepit di antara rekabentuk rumah, harga, kemampuan kewangan dan lokasi, mungkin  ALCONIX, di Bandar Sri Sendayan (BSS) adalah rumah yang anda cari dan bertepatan dengan apa yang sangat anda inginkan. juga bajet anda.


helonix(siap)-tritonix-velonix-velonix-alwinix-nusari biz(siap)

fasa ALCONIX baru sahaja dilancarkan selepas fasa alwinix dan fasa-fasa sebelumnya seperti helonix, tritonix dan velonix yang telah laris terjual.



memperkenalkan ALCONIX, direka berkonsepkan moden dengan keluasan tanah 20x80 sqft dan built up 2565 sqft. mempunyai empat (4) bilik tidur dan tiga (3) bilik air yang pastinya menjaminkan keselesaan seisi sekeluarga. untuk perbandingan, ALCONIX mempunyai built up 65 sqft lebih luas  dari alwinix.



reka bentuk moden. balkoni untuk meninjau kawasan sambil2 meng-kopi.


plan layout. 4 bilik + 3 bilik air
satu petak coklat = 2x2 porcelain tiles


fasa ini akan dibina di lokasi Hijayu 3D yang bersebelahan dengan sebuah klinik kesihatan dan sebuah sekolah yang akan dibina. Hijayu 3D pula dirancang mempunyai sebuah taman rekreasi, taman tasik untuk aktiviti riadah anda sekeluarga serta sebuah surau. kedudukan lokasi yang hampir dengan nusari biz dan 1sendayan club menjadikan fasa ini sangat strategik.



ungu untuk ALCONIX. biru untuk alwinix.


ringkasan info mengenai ALCONIX. serta mengenai bandar sri sendayan buat mereka yang langsung tak tahu mengenai township yang mengikut masterplannya akan siap pada tahun 2019 dan dijangka mendapat jolokan 'damansara seremban'.




built up : 2565 sqft
land size : 20x80 ft
total unit : 173 unit
tarikh dijangka siap: mei 2015
hak milik tanah: kekal
huiyo: 5 tahun 1sendayan club membership.


                                                                                                                                                                                                                                   


ini mungkin peluang terbaik untuk merealisasikan impian anda memiliki rumah idaman. buat yang cerewet memilih lot, mungkin inginkan lot yang berdekatan taman rekreasi, lebih suka lot  yang tak menghadap rumah orang lain atau mengikut feng-sui dinasihatkan bertindak segera. jangan lengah-lengah, maklum-lah lot-lot sebegitu ramai yang berebut dan rumah-rumah di BSS sememangnya laris bak goreng pisang panas.


macam-mana tak jadi goreng pisang panas, dah-lah rekabentuk menarik, built up yang luas, masterplan yang lengkap dan terancang.. paling kawan nak jerit huiyooo adalah tawaran diskaun yang menarik, rebate RM3K untuk kos guaman dan zero entry cost scheme. insyallah akan memudahkan geng kawan memiliki rumah idaman.



kalau dah berkenan, anda boleh borak-borak mengenai ALCONIX ini dengan ajukan email kepada kawan ke  blogmydreamhome@gmail.com atau call 0139250959.





sumber www.1sendayan.com





kawan: jatuh cinta dengan alconix. lot yang menghadap tasik tu.

Wednesday, May 8, 2013

(LIBUR) BALI STYLE

assalamualaikum wbt

berkunjung ke bali tempoh hari, memberi peluang untuk melihat sendiri keunikan senibina di sana. ringkasnya, orang bali sangat berseni dan menitik beratkan hiasan pada kediaman atau setidak-tidaknya pura kecil milik mereka. dekorasi pada premis-premis perniagaan tak kurang hebatnya. malangnya tak banyak gambar yang sempat di ambil. 

batu sungai yang dipahat cantik. huishhh... berseni sungguh.

siling cantik dan terbuka

cik b berbasikal jadi hiasan

superb

pintu gerbang yang halus ukirannya

beach walk. shopping complex dalam taman.

rajinnya susun batu sungai. tabik ar.

sambil melihat awan. ada benda jatuh kebawah. pelupp!~

ukiran duit pada money changer

tempat masak. kuil di tanah lot.

 food court. banyak menu cik b di sini.


kalau ada rezeki nak buat rumah idaman, kawan rancang nak ambil 2-3 org bali yang mahir dalam senibina  bawak balik m'sia untuk bina rumah idaman kawan nanti. jangan.. dah siap tengok-tengok bentuk pura @ kuil sudah la. parah nanti.






kawan: tak puas pusing bali. tak sempat ke kintamani dan danau bedugul. habis masa dalam jam saja.. kena pergi sekali lagi la nampaknya.

Tuesday, May 7, 2013

(INTRO) MY DREAM HOME

assalamualaikum & salam sejahtera,


seawalnya salam perkenalan dan terima kasih atas kesudian singgah ke MY DREAM HOME. blog ini dibina atas keinginan untuk berkongsi segala cerita dalam membina sebuah rumah idaman kawan. sungguh-pun kawan hanya membina pada imaginasi & angan-angan sahaja.

tidak mustahil suatu hari kita bukan sahaja memasang angan-angan malah mampu memiliki rumah idaman tersebut. asalkan kita berusaha, pasti ada jalannya. asalkan ada tekad dan terus berusaha.  insyaallah mendapat keizinan oleh-Nya. di saat ini kawan sungguh bersemangat. berkobar-kobar nak memiliki rumah idaman sendiri.

pastinya topik seperti hiasan dalaman, review rumah contoh, perabot terkini dan keindahan senibina akan mengisi ruangan blog kawan ini. atau apa saja yang kawan rasa seronok nak dikongsikan. 

harapan kawan, semoga blog kawan ini bermanfaat dan kita dapat berkongsi minat selain dapat menambah kenalan. jangan lupa follow.





kawan: kita geng ya.