Wednesday, December 30, 2015

(INFO) ZERO ENTRY COST- FELLONA

assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera


ZERO ENTRY COST
 FELLONA*

 
berita baik untuk mereka yang inginkan rumah idaman dengan RM0.
duit kwsp account 2 boleh buat modal masuk rumah baru atau tujuan lain yang lebih utama.
mungkin untuk tujuan kahwin, memulakan bisnes atau langsaikan hutang PTPTN.

jimat duit, tak perlu bayar yuran guaman bernilai ribu-ribu.
hangus macam tu jer. dapat salinan kertas jer yang belum tentu kita betul2 baca dan fahami.


 Fasa ke-22 terbaru, FELLONA!!
Type A & Type B

miliki rumah idaman dengan RM0, *terhad untuk early bird atau pembeli terawal sahaja.

Fellona Type
- Guarded & gated residence
- Land size: 22x80 ft
- Built-up: 2823 sqft
- 4 bedroom & 4 bathroom
- Nearby clubhouse & international school.
- About 45-50minutes to KL or Putrajaya.
- Bonus: Free clubhouse membership!

Dijangka Siap: Okt 2017

Available: Elymus (Semi-D) & Elforix (2 Storey) UNIT TERHAD




whassup/call/sms untuk lebih info!
 0129578412 atau mfairuzfauzi@gmail.com

rumah untuk dijual di seremban, bandar ainsdale, new properties, sendayan, lembah klang, rumah impian,


+ peluang baik tak datang berkali-kali.
++ ada 181 unit kesemuanya. pilih pulak yg menghadap taman/kawasan lapang. best2x.

Tuesday, September 8, 2015

(DEKO) SALAH PILIH SAIZ KARPET?!

assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera


bila sebut pasal karpet, teringat masa sekolah2 dulu tengak abang2 pakistan duk ke hulur ke hilir jaja karpet. diorg punya tekad berniaga memang boleh puji. dari menjaja berjalan kaki, lepas tu guna motor kapcai, berkereta.. tak lama kemudian van. ramai yang suka beli karpet yang pakistan ni sebab boleh hutang dengan berbelas2 kali bayar. minimum ansuran rm10 sebulan.

dah nak abis bayar. tambah lagi.

selalunya isteri-isteri beli sorok2. tanpa mengetahuan suami masing2.
ye-la suri rumah sepenuh masa. mana nak datang duit.

selalunya buat magik masa raya. macam ma kawan. tengok macam lawa, terus abah tak tanya.

pilih saiz karpet dan design karpet main hentam je. asal murah dan besar.
kawan pun sama gak. meskipun genarasi xyz. pilih paling besar dan murah.

kalau yang berkualiti punya, selalunya beli yang paling kecik sebab murah. tapi, rupa-rupanya ada tips untuk pemilihan saiz karpet vs susun atur/saiz perabot. kawan pun baru tahu. jom sama2 check, betul tak saiz karpet yang kita pilih.


Wednesday, August 19, 2015

(INFO) ZERO ENTRY COST, SURIAMAN @ BANDAR SRI SENDAYAN




alahai untung-nya. tak perlu bayar apa2 untuk miliki rumah idaman di bandar sri sendayan. tak perlu downpayment, tak perlu pening nak bayar yuran guaman dan itu ini.

bukan semua unit ya.. limited kepada burung awal (early-bird).

ada lagi best, dapat cash lagi masa serah kunci. design rumah dan detail boleh sembang lebih dengan whassup kawan 0129578412. email pun boleh mfairuzfauzi@gmail.com.





+ zero entry cost jarang2 developer buat. tak grab rugi.
+ tu jer nak cakap. okbai.




Tuesday, August 11, 2015

(REBIU) ELYMUS & ELVINA, BANDAR SRI SENDAYAN

assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera

buat yang ternanti-nanti fasa baru di bandar sri sendayan untuk dijadikan rumah idaman, elvina & elymus dibuka untuk jualan. haa, apa lagi? inilah peluang untuk memiliki rumah idaman anda di perbandaran yang paling terancang di negeri sembilan.

fasa elvina menawarkan rumah jenis dua tingkat 22x80 dan terletak betul-betul dihadapan d'tempat clubhouse dan global matrix school. elymus pula menawarkan rumah jenis semi d 50x100 yang lebih mewah dan buat mereka yang mengemarkan 'exclusive' & gaya selain keselesaan.

seperti biasa, rumah-rumah di BSS selalu menjadi pilihan kerana saiznya yang besar, designnya yag moden dan sangat 'in', kemudahan yang pelbagai dan ditawarkan pada harga yang berpatutan. dah tu, ada pula skim yang memudahkan pemilikan rumah idaman anda. seperti booking free dan downpayment yang super rendah.

buat yang berhajat, cepat2 rebut peluang. elvina & elymus?, tepuk peha tanyalah poket.. >_<

elvina

Type: Double Storey Superlink Homes
Land Title: Residential
Tenure: Freehold
Built Up: 2,807 - 3,284 sq.ft.
Land Area: 22' x 80'
Bedrooms : 4
Bathrooms: 4
Total Units: 333
Expected Completion Date: June 2017
Best Point: Membership d'Tempat Clubhouse

illustrasi artistik
showhouse. besar. betul-betul berhadapan matrix global school & d'tempat clubhouse.
tepat menghadap dua landmark penting di BSS.

floorplan. extend habis sampai belakang.


elymus

Type : 2-Storey Semi-D
Tenure: Freehold
Land Area: 50' x 100'
Built Up: 4,415 - 5,383 sq.ft.
Bedrooms: 4+2
Bathrooms: 6+1
Total Units: 64
Expected Completion Date: May 2017
Best Point: Membership d'Tempat Clubhouse

illustration si arkitek

actual showhouse. cantik.


entrance pun gempak. fountain menambah exclusive fasa ni.

fasa elymus. pilih yang mana berkenan.

bandar sri sendayan dijangka lengkap masterplan-nya menjelang tahun 2019 dan bakal menjadi 'damansara' seremban. yang pastinya, sesuai untuk dijadikan kediaman yang dikelilingi kemudahan serba lengkap ataupun memilih untuk dijadikan asset untuk pelaburan di masa hadapan. sedikit info mengenai bandar sri sendayan:-

masterplan



video: drone




dengan mendapat jolokan 'damansara' seremban, perlaburan di bandar sri sendayan adalah dijangka sangat berbaloi dan insyallah akan memberi pulangan lumayan. kepuk2 duit nanti. lagik2 apabila akademi tentera udara yang mengantikan lokasi di sg. besi siap dibina dan memulakan operasi. yang berkenan dan inginkan info lanjut boleh terus sms, whasssup atau call 0129578412. email pun boleh mfairuzfauzi@gmail.com. kita sembang2.


+ rebut peluang miliki rumah anda. sementara harga masih berbaloi, bermula rm200 untuk setiap satu kaki persegi.
+ harap2 ada yang sudi derma MYR 2.6 billion dalam akaun kawan, boleh lah satu fasa terus buat investment.
+ rumah untuk dijual, bandar sri sendayan, new properties, seremban, nilai, negeri sembilan, rumah dua tingkat, bandar ainsdale, matrix global school, kalau aku kaya.



Sunday, February 1, 2015

(TIPS) RENOVASI RUMAH

assalamualaikum wbt & salam sejahtera


ada banyak sebab kenapa kita terasa nak renovate rumah kita. antaranya bila kita perlukan penambahan ruang selari dengan perkembangan keluarga, tak nak rumah kita sama dengan rumah org lain. nak ada konsep yang kita minat atau bosan dengan rekabentuk/design sedia ada. selain faktor keselamatan anak2 yang masih kecil dan design rumah yang kita beli seakan tak sempurna.

mcm kes kawan , bilik air di design duk kat luar. macam zaman dulu-dulu. hampeh rasanya.

nak tak nak, kena-lah renovate sikit.


bila dah ada pengalaman dan daripada keluh kesah jiran, boleh-lah kawan share sikit tips yang ada.

satu:sketch
mula-mula kita kena kenal pasti apa yang nak kita renovate dan sketch sikit apa yang kita nak.
design yang bagaimana. selebar mana dan sepanjang mana yang kita nak. saiz pintu dan saiz tingkap. jenis material yang nak kita gunakan.

cuba buat se-detail yang mungkin. lg bagus kalau ada modal nak upah arkitek.
wiring, jubin, cat, jumlah socket plug, point lampu kipas aircond semua kena diambil kira





tapikan, kadang-kadang  kita impikan itu ini, nak gah jer. kena padan dengan bajet jugak la. jangan jadi macam kawan


dua:cari & pilih kontraktor
paling penting ni... kalau dapat kontraktor yang hampeh. mmg hampeh lah jadinya. musnah impian.

bagaimana nak tahu kontraktor tu OK ke tidak?
minta untuk tengok projek in progress dan lagi bagus yang dah siap. superb bagus kalau dapat jumpa owner rumah tu dan tanya perihal kontraktor.. OK ke tak.

jangan main hentam amik. sendiri gak yang kena hadap. sengsara kemudian hari.

cuba dapatkan 2-3 org kontraktor. suarakan apa yang ada inginkan. kena bagitahu benda yang sama untuk semua kontraktor eh. baru senang nak buat perbandingan.
kemudian dapatkan harga.

yang kualiti kerja yang tak se-megah tu, dah boleh tendang awal-awal ek.

kena hati-hati, ada kontraktor yang tak masukkan kos robohkan dinding, cat dan wiring sekali.
tanya habis-habis.


tiga: hire kontraktor

tahap ni.. sebelum kontraktor mulakan kerja. finalkan harga dan apa yang anda inginkin. nyatakan dalam resit deposit. senang nak refer nanti, mana tahu bertelagah kemudian hari. caya-lah cakap kawan.

harga lump-sump ni lebih murah dari asing2.

bila dua-dua dah setuju. boleh la mulakan kerja.
penting juga, tetapkan tarikh siap.


empat: site visit

rajin-rajin-lah melawat progess renovation tu. jangan baik hati sangat. yang tak puas hati terus cakap. direct. ada gak yang baik hati, biarkan jer kontraktor buat salah. pendam dalam hati. nanti setiap kali tengok benda yang kita tak berkenan, akan lebih pedih. menguris rasa. sob.. sob.

jangan terlalu fussy sangat. menyampah pulak diorang. last2 cabut lari.
nak cari kontraktor lain.. leceh. harga pun jadi mahal nanti. sebab diaorg tahu kita terdesak.

yang tak boleh kerap buat site visit. minta kontraktor hantarkan gambar. atau wakilkan saja kawan2/sanak sedara yang ada. tapi kena juga dtg tengok sendiri. mmg berbaloi dari merana tengok rumah tak seperti yang kita nak bila siap nanti.

ada juga kontraktor ambil kesempatan, buat sikit-sikit, bila ada masa jer. sebab banyak projek dalam tangan.


lima: payment

peringatan penting.. jangan bayar habis terus. bayar mengikut progress.
jangan bagi banyak2. safe guard diri sendiri daripada masalah.
yang mana kontraktor yang tak setuju, boleh tendang awal2. ada niat tak ikhlas di situ.

duit macam air jer masa ni. asyik2 ke ASB, tabung haji, cucuk duit ngan kedai pajak gadai. hehe.

jangan bayar habis bila rumah siap. simpan 5-10% dari total harga.
minta guarantee sebulan/dua bulan, baru langsaikan semua.

kalau bayar habis. kalau bocor ke, retak ke mmg liat nak datang.
bayang pun haram nak nampak. yang buat donoo pun ada.

apa jugak pembayaran, minta resit.


enam: tambah itu ini.

kadang2 tu bila selalu buat site visit, ada jer idea nak tambah macam2. nak tambah point lampu dan socket plug lah. nak buat partition lah.

adalah lg bagus, ambil masa untuk listkan apa yang nak ditambah. baru inform kontraktor.
semata-mata untuk dapatkan harga lump sump. selalu harga add-on ni akan jadi lebih mahal.

kalau nak tambah apa2, sebaiknya sebelum dinding diplaster. kalau tak harga lagi mahal. harga barang dan upah lg.


+ nasib baik dapat kontraktor yang OK. tak banyak songel. boleh kena hamun dan layan jer apa yang kawan nak.
++ so far dah rekemen, 2-3 org. diorg pun puas hati. tips yang kat atas tu-lah kawan bagitau kat diorang sebab taknak dipersalahkan nanti.