harga rumah sekarang memang kadang-kadang tak masuk akal. lebih-lebih lagi area lembah klang. banyak digitnya nak disebut. main juta-juta sekarang. tak hairan-lah ramai antara kita hanya mampu memendam hasrat untuk memiliki rumah idaman.
kadang-kadang tu kita dah berkenan sangat dengan rumah tu. jatuh cinta habis-lah. tidur malam pun termimpi-mimpi. tapi memikirkan ianya di luar kemampuan serta masih dihimpit komitmen-komitmen sedia ada seperti kereta dan personal loan, hasrat hati dibiarkan saja dan meredakan semangat untuk memiliki rumah idaman.
kerana nak beli rumah bukan suatu perkara yang sangat besar dan akan melibatkan komitmen yang panjang. pilihan rumah idaman harus-lah tepat dan berbaloi dengan apa yang anda laburkan. paling penting menenangkan hati kita. mungkin tips yang kawan listkan ini berguna membantu kita mendapatkan rumah idaman yang terbaik!.. kalau yang nak menambah list ini, amat-lah dialu-alukan.
kadang-kadang tu kita dah berkenan sangat dengan rumah tu. jatuh cinta habis-lah. tidur malam pun termimpi-mimpi. tapi memikirkan ianya di luar kemampuan serta masih dihimpit komitmen-komitmen sedia ada seperti kereta dan personal loan, hasrat hati dibiarkan saja dan meredakan semangat untuk memiliki rumah idaman.
kerana nak beli rumah bukan suatu perkara yang sangat besar dan akan melibatkan komitmen yang panjang. pilihan rumah idaman harus-lah tepat dan berbaloi dengan apa yang anda laburkan. paling penting menenangkan hati kita. mungkin tips yang kawan listkan ini berguna membantu kita mendapatkan rumah idaman yang terbaik!.. kalau yang nak menambah list ini, amat-lah dialu-alukan.
1. tentukan bajet
di saat terlintas di fikiran nak memiliki rumah, selalunya bila tersedar betapa ruginya menyewa rumah yang akhirnya menjadi milik orang lain. oh ya, tepuk poket dan nilaikan sendiri kemampuan kewangan anda dan setelah itu tentukan perkara berikut dahulu sebelum langkah seterusnya:-
- langkah pertama & sangat penting!! limit untuk bayaran bulanan atau installment.
- berasaskan limit untuk bayaran ansuran, dah boleh tentukan limit harga rumah pula. mudah saja, gunakan loan calculator yang ada di kebanyakan website bank untuk ketahui limit harga rumah anda nanti. barulah senang nak aim rumah yang mana dan harga rumah. untuk calculator, boleh juga klik sini
- tentukan juga deposit atau duit muka yang boleh anda ada-kan. ia kerana kebanyakan pemaju akan meminta anda membayar deposit. selalunya 10%. tetapi bergantung kepada kelulusan dari pihak bank. anda perlu bersedia. bersedia untuk gunakan saving. ada juga pemaju yang offer zero cost entry. kalau dapat yang macam ni sangat la OK. OK!
- perlu dimasukkan bajet anda adalah kos-kos sampingan dalam proses pembelian rumah. misalnya, kos guaman dan duti setem. busuk-busuk kena ada RM3K baru rasa selesa sikit. sebenarnya bergantung kepada harga rumah itu sendiri. makin mahal harga rumah, makin mahal lah 'pengeras'nya kalau ada pemaju yang offer untuk tanggung semua tu, sgt2 la OK. OK!
2. tentukan jenis rumah idaman
jom beralih ke langkah seterusnya, boleh mula-kan survey harga rumah semasa dan tentukan jenis rumah idaman (mampu) anda berdasarkan congak-congak dalam langkah 1. terdapat banyak jenis rumah di pasaran yang mampu memenuhi kehendak anda. hmm, ada pendapat berbeza mengenai jenis rumah yang ada.
- Single Storey-Pro: senang tak yah nak panjat tangga. dah tua-tua senang la nanti. nak awasi anak-anak pun senang. Con: bilik berselerak pun org boleh nampak. sekilas pandang je.
- Double Storey & keatas-Pro: wujudkan ruang privasi untuk ahli keluarga. boleh sorok bilik yang macam saraang si-tikus-endang dari pandangan tetamu. kalau ada beranda, boleh tinjau pemandangan rumah depan. Con: leaking dari tandas atas menitis ke ruang tamu. tak semua kena. penat nak panjat tangga. last2 bilik atas tak guna.
- Apartment/Kondo-Pro:yang berada di kepala, ada kolam renang yang membiru airnya. kejebusshh.. tersusun dan keselamatan terjamin (ye ke? ragu2 la). Con: maintenance fee kena bayar tiap2 bulan dan susah nak sidai baju. parking pun susah.
- Banglo/Semi D-Pro:Best2.. Con: Bulanan konfem2 mahal.
- Townhouse-Pro:selalunya dua tingkat. bawah rumah org lain. atas rumah org lain. wujudkan kejiranan yang harmoni. Con: boleh dengar jiran atas loncat2.
3. lokasi
lokasi juga penting, perlu memilih lokasi rumah idaman anda dengan mengambil kira faktor-faktor antaranya:-
- jarak dengan tempat kerja anda dan pasangan.
- kemudahan-kemudahan yang ada dan bakal tersedia. anda perlu rajin buat research dan berpandangan jauh.
- latar belakang tapak rumah. mana tahu ladang kelapa sawit. nanti hari-hari nak kena berperang dengan anai-anai. tak pun tanah tambak, buat tak padat. mahu ditelan bumi nanti.
- masterplan keseluruhan kawasan terbabit. mana tahu nati nak buat sekolah ke? universiti ke? shopping complex ke? nanti harga hartanah naik. siapa yang untung? anda juga...
4. keluasan tanah & binaan
di peringkat ini, ada sepatutnya sudah menyenaraikan rumah yang berpotensi untuk anda miliki. lakukan perbandingan dari segi keluasan binaan, keluasan tanah, pelan & binaan; jika anda jenis yang sangat menitikberatkan design, ia juga perlu diambil kira.
- luas tanah. kebiasaan pemaju akan mengiklankan luas tanah seperti 20 x 70ft atau 1400 sq ft. untuk perbandingan, kira harga setiap kaki persegi dengan formula:-[RM/sq ft= harga rumah/luas tanah].
- luas binaan atau built up. lagi besar built up lagi bagus. kalau built up kecil, pastinya ada tanah yang kosong sekakang kera ditinggalkan. nak buat ape kan? kalau dah built-up sampai ke belakang, dah tak perlu keluarkan modal nak renovate lg. anda kena titik beratkan built up rumah tersebut. keluasan tanah sama 20x70 ft, tapi tidak luas binaan. cari la yang besar. berbaloi untuk nilai wang anda.
- pelan dan design rumah adalah citarasa masing2. kalau kawan, suka yang modern dan tampak kemas.
5. kualiti rumah
kualiti rumah jugak penting. buat apa rumah murah tapi menggunakan barang tidak kualiti. kita nak tinggal lama dan nak keselamatan keluarga terjamin. anda boleh rujuk kepada speksifikasi dalam iklan rumah tersebut. nak puas hati, pergi terus ke rumah contoh jika ada. kawan pulak dalam memilih rumah, benda-benda ini yang saya titikberatkan:-
- punca kuasa. kawan prefer 3 fasa (phase). sebab boleh menjimatkan penggunaan elektrik berbanding single phase. wiring pula, MESTI semua sorok dalam dinding.
- kemasan dinding di bilik air. kawan mencari yang kemasan jubin sehingga ke siling. nampak bersih dan kemas.
- binaan dinding. kalau boleh dari batu-bata tanah liat. dan bukan dinding pasang siap.
- saiz tingkap. nak kan tingkap yang saiznya besar-besar. suka natural lighthing. jimat elektrik juga.
- jarak dengan rumah belakang. kalau boleh dipisahkan oleh jalan yang memuatkan sebuah lori untuk lalu lalang.
- kemasan lantai. kalau boleh nak semuanya berjubin. lg best kalau size nya 2x2ft dan sampai ke car porch.
- nih option la. kalau boleh nak dah siap2 pasang mata kuasa untuk air cond dan pemanas air. tak perlu la lagi nak buat extra wiring.
- nih pun option jugak. kalau boleh nak yang gated punya. maksudnya bukan sebarang orang boleh masuk area perumahan tersebut. tak pun biar-lah ada satu pintu masuk/keluar je. bagi kawan boleh kurangkan potensi berlakunya kecurian. kalau ada 10 pintu masuk, senang la pencuri nak masuk dan keluar.
6. profil pemaju
ini SANGAT PENTING dalam memastikan rumah anda tidak terbengkalai. faham-faham-lah. bila terbengkalai, anda masih perlu membayar pinjaman dan ini sangat-sangat-lah mengerikan. lagi ngeri, terpaksa membayar sewa rumah juga. gunakan segala medium yang ada untuk memeriksa profil pemaju perumahan tersebut.
7. memilih bank
bila dah decide rumah mana yang menjadi idaman anda, boleh lah membuat permohanan pinjaman rumah ke bank. submit document yang diperlukan. selalunya wakil pemaju akan bantu anda untuk mendapatkan pinjaman. selalunya mereka akan menghantar pemohonan anda ke banyak bank. jadi, akan banyak juga la bank yang akan menawarkan pinjaman. perkara-perkara ini perlu anda timbangkan sebelum memilih bank untuk membiayai pinjaman rumah anda.
- islamik atau tidak. kebanyakan yang beragama islam, ini menjadi keutamaan. namun kebiasaanya, islamik lebih tinggi bayaran bulanan berbanding konversional.
- jumlah pinjaman yang diluluskan. contohnya 90%. so, 10% lagi adalah wang yang perlu anda bayar kepada pemaju menggunakan tunai sendiri.
- interest. cari la yang paling sedikit. semua tahu kan?
- tenure years. semakin pendek tenure year, lebih mahal bulanan anda tetapi lebih sikit la keuntungan bank. yang ni anda decide sendiri. selalunya bank akan tawarkan yang terpanjang sekali. ianya bergantung kepada umur pembeli juga. beli-lah semasa muda. kalau anda kaya-raya. tak perlu kisah-lah berapa tenure year nya.
- kesenangan nak membuat pembayaran. lagi bagus yang boleh bayar guna online jerk.
- flexibility membuat pembayaran. ada bank yang akan menggenakan fee jika anda membuat settlement awal (mana tahu tiba2 jadi orang kaya kan? nak settle terus.) atau bayar banyak2.
8. pilih lot
ada yang memilih lot sebelum membuat permohanan pinjaman dengan membayar deposit serendah RM50 (yg sy tahula). kalau cancel beli rumah, deposit anda HANGUS. kalau RM50 ok lagi, kalau RM500 cmner? ada yang memilih lot berdasarkan feng sui, arah matahari naik/terbenam, aliran sungai dan keluasan tanah bg yang membeli corner lot. bg kawan plak, ini menjadi keutamaan.
- jiran sebelah kiri dan kanan. kalau boleh beragama islam atau tak bela anjing. bukannya nak bersikap perkauman, tetapi tak gemar bunyi salakan anjing atau bulu2 anjing terbang masuk ke rumah kita. anda boleh periksa data ini dengan wakil pemaju.
- tak nak ada rumah kat depan. kalau boleh menghadap kawasan lapang atau jalan. sebab kawan jenis yang suka buka tingkap ngan pintu luas-luas (tapi bergrill) untuk benarkan angin masuk dan berikan pengudaraan semulajadi.
- lagi satu, bukan laluan utama keluar masuk perumahan. nanti susah pulak nak keluar masuk rumah sendiri. nanti anak-anak nak main depan rumah pun tak boleh.
- dan juga tak berhampiran dengan kolam najis. kolam rekreasi OK lah.
9. progressing fee
kebanyakan skim pinjaman menghendaki kita membayar progressing fee semasa rumah dalam pembinaan. ianya adalah pembayaran kepada interest pinjaman yang telah dikeluarkan semasa menyiapkan rumah anda. ianya bergantung kepada berapa peratus pinjaman telah dikeluarkan oleh pihak bank atau berapa peratus rumah anda telah siap. semakin siap rumah anda, semakin mahal progressing fee yang perlu anda bayar. kemudian baru la di convert kepada installment. jadi, anda perlu menyediakan wang untuk membayar progressing fee ini. pesanan juga, carilah tempoh rumah siap yang cepat dan munasabah. kerana jumlah progressing fee yang anda bayar tidak mengurangkan principal pinjaman anda. membazirkan??
kawan1: semoga membantu anda membuat pembelian rumah.
kawan2: kalau beli rumah, sedar tak sedar kita terikat dengan perjanjian yang makan bertahun2 sampai umur pun cecah 65 tahun.
kawan2: kalau beli rumah, sedar tak sedar kita terikat dengan perjanjian yang makan bertahun2 sampai umur pun cecah 65 tahun.
kawan3: tak beli dan menyewa, hmm rugi la pulak. kalau beli, hmm berhutang la pulak.
kawan4: semoga membantu anda. tak banyak, sikit pun ok la.